
ISMS Sdn.Bhd. ialah sebuah syarikat tempatan yang telah berdaftar pada 19hb Mac 2009. ISMS mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan yang merangkumi aspek penganjuran seminar, forum, bengkel dan latihan kepada pihak kerajaan, swasta, pelajar dan pengajar, orang ramai dan persatuan bukan kerajaan.
ISMS mempunyai misinya yang tersendiri iaitu untuk menjadi usahawan yang terulung di Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan ilmu-ilmu dari penceramah-penceramah yang professional dan berkaliber dalam semua bidang, baik penceramah dalam dan luar negeri terutamanya dalam bidang motivasi dan jati diri. Syarikat ini akan menggunakan khidmat penceramah-penceramah tempatan dan luar negara untuk meningkatkan kemampuan anak watan agar mereka “Duduk sama rendah,Berdiri sama tinggi” dengan orang luar. Ini seiring dengan visi ISMS untuk meningkatkan pembangunan perseorangan dan korprat. ISMS juga menyedari akan keperluan pendidikan kerohanian dan dengan itu setiap perkhidmatan akan diselitkan dengan unsur-unsur kerohanian.
ISMS juga berhasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pembangunan modal insan. Untuk mencapai hasrat ini sekaligus menyokong hasrat negara, ISMS akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, efektif, efisyen dan berpengalaman.
MISI:
ISMS mempunyai misinya tersendiri iaitu :
“Untuk menjadi usahawan yang terulung di Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan penceramah-penceramah/pakar-pakar professional dan berkaliber dalam semua bidang terutamanya motivasi”.
VISI:
“Meningkat Pembangunan dan Prestasi Individu dan Ahli Korporat”
ISMS akan menggunakan khidmat penceramah-penceramah tempatan dan luar negara dan juga pakar-pakar profesional untuk meningkatkan kemampuan anak watan agar mereka “Duduk sama rendah,Berdiri sama tinggi” dengan orang luar. Ini seiring dengan visi ISMS untuk meningkatkan pembangunan insan dan korporat.
ISMS juga menyedari akan keperluan pendidikan kerohanian dan dengan ini setiap perkhidmatan akan diselitkan dengan unsur-unsur kerohanian.